Jalan Mengenal Allah swt
Jika masih ada orang yang ingin tahu atau masih ada yang ingin mengenali Allah swt jalannya seperti berikut :
Bila AHLI SYARIAT ingin melihat dan mengenal Allah swt, Lihatlah pada diri Baginda NABI MUHAMMAD SAW, Disana semua sifat kesempurnaan Allah swt ada di dalam ke peribadian Rasulullah. Maka engkau akan bertemu dengan kalimat "LAILAHAILALLAH MUHAMMADARRASULULLAH".
Bila AHLI TARIKAT ingin mengenali ku, Kenali lah lewat gerak dan geri mu. Perhatikan setiap pergerakan mu, Niscaya engkau akan bertemu dengan kalimat "LATATAHARROKUM DZARATUM ILLA BI IZNIH". Artinya ; Tiada akan bergerak biar pun sezarah jika tidak di izin Allah swt.
Bila AHLI HAKIKAT ingin mengenali ku, kenali lah nyawamu, Kerana biar pun engkau ingin melihat nyawamu mengunakan ALAT CANGGIH DI ATAS CANGGIH engkau pasti lah tiada dapat melihatnya, Maka bertemulah engkau dengan kalimat ini "AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU". Artinya ; Manusia itu adalah rahasia ku dan Aku lah Rahsia nya.
Bila AHLI MA'RIFAT yang berharap ingin mengenali ku, Maka cubalah engkau melihat wajahmu TANPA MENGGUNAKAN CERMIN, Disitu kau akan tahu bahawa matamu tidak boleh memandang wajahmu sendiri. Kecuali engkau menggunakan cermin.
Maka engkau akan di sedari oleh kalimat ini "LA YA'RIFU ILALLAH" artinya ; Tiada yang mengenal Allah swt, hanya ALLAH swt.
'Dan bila engkau yang tiada Syariat, Tarikat, Hakikat, Ma'rifat. Ingin mencuba mengenali ku. Maka, Aku akan datang sendiri untuk memperkenal kan diri ku dan bersemayam di dalam dirimu.
Kerana di balik kekosongan yang tiada apa-apa itu, Barulah tempat itu cukup buatku, dan bila saja ada salah satu yang lain yang aku lihat. Maka tiada cukup ruang itu untuk diriku.
Kosongkan dirimu atau serahkan segala dirimu kepada Allah swt, berserah dirilah... HANYA YANG TERPILIH. (**)
0 Response to "Jalan Mengenal Allah swt"
Post a Comment